Sunday, January 24, 2010

Maklumat Panitia Sastera 2010

Salam perpaduan.....untuk pengetahuan rakan-rakan Panitia Sastera sudah dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Panitia Sastera STPM dan Panitia Sastera SPM. Panitia Sastera STPM diterajui oleh Pn. Maryiati Osman dan Panitia Sastera SPM diterajui oleh Pn. Carolinelyn Jerry. Di peringkat SPM kelas-kelas yang terlibat mengambil matapelajaran ini ialah 5K1, 5K2, 4K1 dan 4K2 dengan bilangan purata pelajar dalam setiap kelas 45 orang. Tahun ini juga merupakan tahun terakhir pelajar Ting 5 menggunakan teks kajian seperti Novel Restu, Hati Terkenang Mulut Menyebut, Bacalah Dalam Bahasa Mu Jilid A dan Bacalah Dalam Bahasa Mu Jilid B. Untuk pelajar Ting.4 pula mereka mengkaji teks baru seperti Novel Jeriji Kasih, Dari Lembah Ke Puncak, Madu Ilmu dan Seuntai Kasih Secebis Harapan.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2010

Sekali lagi kita bertemu di ruangan blog Panitia Sastera ini pada tahun 2010 semoga rakan-rakan seperjuangan mempunyai azam dan semangat baru untuk memperbaiki tahap keprofesionalisme masing-masing. Harapan saya semoga apa yang ada dalam blog ini dapat dikongsikan bersama dengan rakan-rakan seperjuangan yang seangkatan dengan saya.

Tuesday, March 31, 2009

BULAN BAHASA SMK SERIAN 2009

Bulan Bahasa SMK Serian 2009 akan dirasmikan pada 1 April 2009 dalam sesi perhimpunan sekolah yang hanya melibatkan Tingkatan 4 sahaja. Perasmian tersebut dilakukan oleh Tuan Pengetua SMK Serian sendiri. Pada tahun ini penganjur Bulan Bahasa melibatkan dua panitia iaitu Panitia Pengajian Am dan Panitia Kesusasteraan Melayu. Antara aktiviti yang akan dijalankan oleh Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Sastera ialah seperti :
1. Pertandingan Menulis Cerpen
2. Bahas
3. Pidato
4. Karaoke
5. Teka Silang Kata
6. Mendeklamasi sajak
7. Berbalas Pantun
8. Drama / Sketsa dll.

Di samping itu terdapat juga aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan April ini oleh Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Cina, Panitia Bahasa Iban dan Panitia Pengajian Am. Harapan semoga Bulan Bahasa tahun ini berjalan dengan lancar dan dalam suasana yang meriah.

Thursday, February 19, 2009

Maklumat Kelas Sastera SMK Serian

Matapelajaran Kesusasteraan Melayu di SMK Serian ditawarkan kepada Tingkatan 4K2 & 4K3, Tingkatan 5K2 & 5K3, 6RK5 dan 6AK5. Manakala agihan guru yang mengajar matapelajaran ini terdiri dari 4 orang sahaja.

Tuesday, February 17, 2009

PENGENALAN

Selamat datang ke Blog Panita Sastera SMK Serian yang julung kalinya diwujudkan. Semoga segala bahan-bahan yang ada dalam blog ini dapat dikongsikan bersama dengan rakan seperjuangan dalam dunia pendidikan. Sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan dalam blog ini diharap rakan-rakan guru dapat menerimanya, ibarat kata PANTUN MELAYU:
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kami budak baru belajar
Kalau ada salah dan silap tolong tunjukkan.